23 May 2017

Kisah seram ringkas

Hari ni hari Selasa dimana tak adalah seram sangat kalau nak difikirkan kalau nak start cerita hantu pun kan ? Sebab harini tiba-tiba teringat balik apa yang jadi masa duduk kat asrama dulu masa zaman kolej. Dulu masa belajar alhamdullilah tiga-tiga tahun tu dapat duduk dalam and tak payah menyewa dekat luar. Memang rasa lega sangat sebab duduk dalam lebih convenient and selamat.

Fyi, universiti tempat aku belajar ni memang kawasan yang pentingkan kehijauan dan ekosistemnya jadi memang banyak pokok and berbukit. Kolej kediaman ada 3, kolej Ab, kolej Cd, dan kolej E. Syukur jugak tiga tahun tu aku dapat kolej CD sebab memang selesa.

Nak dijadikan cerita masa tahun pertama dengan tahun kedua kat kolej cd memang okay lah, tak ada apa-apa yang berlaku pun. Dia start cerita ni bila masuk tahun ketiga. Masa tahun ketiga kebetulan dapat blok hujung sekali dekat atas bukit sebelah dengan hutan. Dia ada dua tingkat je kat wing atas, dekat satu tingkat ada 7 bilik.

Masa mula-mula kat situ okay jelah walaupun blok tu memang banyak bilik kosong sebab blok hujung and sunyi sikit kat blok tu. Tapi semuanya okay.

Bilik aku bilik dua orang, so roommate aku nama dia Intan. Budak bilik depan aku nama dia Nisa. Pada suatu hari tu, kitaorang tengah tidur, tak ingat tapi waktu tu mungkin dalam pukul 4 lah, aku dengar orang ketuk pintu. Jenis aku ni pulak, aku senang terbangun and dengar bila ada orang panggil ke bunyi alarm ke. Aku dengar lah ada orang ketuk pintu, memang kuat gila sampaikan rasa annoying gila. Tapi masatu aku memang malas nak bangun and nak bukak mata sebab wth pagi-pagi buta ada orang ketuk pintu kuat-kuat kan.

So aku biar jelah and cuba nak tidur balik.

Tiba-tiba aku dengar roommate aku bangun and bukak pintu. Dia macam cakap apa tah dengan orang tu. Tapi aku memang dah tak sedar dah masa tu. Tak larat nak ambik tahu apa-apa.

Pagi tu bila aku bangun barulah aku tanya roommate aku tu siapa yang ketuk pintu malam tadi tu. Lepastu dia barulah nak cerita walaupun boleh nampak dia macam takut jugak lah hahhaha. Dia kata dia pun tak sedar sangat masa tu tapi masa tu orang yang ketuk tu katanya cari kawan dia tak balik bilik. Nampak selekeh lah perempuan tu, pakai baju tidur putih macam kulit gelap sikit. Masa benda tu jadi dah nak dekat subuh so budak bilik depan si Nisa tu baru keluar dari bilik ambik air sembahyang. Dia pun pelik tengok orang ketuk pintu tu. So kitaorang pun lega sikit sebab memang ada orang lain yang nampak jugaklah orang tu.

Aku fikir balik kan, kalau pun kau nak cari orang takkanlah pagi-pagi buta beb. Bila Intan mention pakai baju putih, aku pun terus buat conclusion sendiri lah. Taknak fikir sangat sebab nanti sendiri yang takut. Nasib jugaklah bukan aku yang bukak pintu tu masa tu.

Kitaorang pun biar jelah sampai lah habis semester, taknak assume apa-apa sebab duduk asrama ni mental kena kuat beb sebab kalau tak, belum apa-apa nanti dah pengsan dulu.


(sepanjang taip ni pun meremang bulu roma bila fikir balik)

15 May 2017

It's been a year-ish ?

15 May 2017
11.18 pm

Whew, didn't think of coming back here though but maybe I will start write again  and I will definitely share with you guys here. For a quick update, here's a picture of me in 2017 for ya.



Kisah seram ringkas