12 December 2012

School is over

Assalamualaikum :)

Guess what ? Exam is finally overrrrrrrrrrrrrrrrrrrr ! Boleh party , k TAK .

Hahahhahahhahahaha masa nak mula sebelum last paper tadi aku dah boleh nampak muka semua orang excited gila . Lepas exam lagilah kemain semua happy gilaaaaaaaaaaa . Hahahahhaha okay im a over excited plus sedih sebab lagipun ni lah last and pengakhiran sesi sekolah dalam hidup kitaorang . Pakai baju sekolah , ada homework , ada perhimpunan , panggil cikgu tu cikgu , kantin sekolah , juniors . Everything . Lepas ni kalau dah masuk U pun suasana dia mesti dah lain . We're gonna miss each other soon :( Lagi-lagi budak kelas aku :(

We've done so much , together . Dari mula aku masuk daftar form 6 , masa tu bulan 5 or 6 camtu . Habis form 5 ingat dah habis dah taknak sekolah lagi tapi Allah tu dah tetapkan yang aku akan masuk form 6 . So setahun setengah yang banyak sangat ceritanya . Mula-mula masa awal tahun , lower form tu . Kelas kitaorang iaitu 6 Ekonomi 2 , adalah sampai jugak 20 lebih orang . Lepastu makin lama ada beberapa keluar  . Ada yang pergi matrik , ada yang pergi belajar perguruan , ada yang pergi poli , ada yang pergi belajar perkapalan . So tahun ni last-last tinggal 11 orang . Bayangkan dalam kelas cuma 11 orang je ? Sebab tu agaknya yang buat kitaorang cepat mesra and rapat . Buat apa-apa , pergi mana-mana dalam sekolah mesti semua sekali :) 





Tak dilupakan para cikgu-cikgu yang ajar kitaorang . Dari cikgu bm 1 , puan azizun . Salah satu yang aku takkan lupa ayat dia ialah " saya ingatkan lagi sekali " Hahhahahha ni budak kelas kitaorang je faham ni . Lepastu cikgu bm 2 cikgu hashimah othman . sangat keibuan . Selalu bila budak lelaki tak datang , dia bagi nasihat kat kitaorang pasal nanti future cam mana , cari jodoh blablabla . banyak info dari dia . Lepastu , ke cikgu muet , paling aku suka subjek ni sebab best , hikhikhik , Madam juliana . part paling best bila ada listening , lagu-lagu yang best . Lepastu ada buat activity yang sangat fun dalam kelas . Dan yang paling penting sekali ialah cikgu kelas kitaorang  , cikgu shamsul yang ajar mikroekonomi . Haih sangatlah sporting gila . First-first aku takut dengan cikgu shamsul sebab dia garang . Last-last lepas setahun lebih memang sempoi habis selalu gelak dalam kelas dia . Cikgu-cikgu lain macam cikgu sahara , cikgu normala , cikgu lai , cikgu norlizah , cikgu ain and cikgu nik . Semuanya lah , termasuk semua cikgu-cikgu form 6 . 

sebenarnya kitaorang satu form 6 ni tak susah nak rapat dengan cikgu-cikgu sebab kitaorang ada 60 70 lebih je . So cikgu pun cepat kenal kitaorang semua , lagi-lagi kelas kitaorang . So semua cikgu memang kira rapat lah . Cikgu-cikgu lain yang pernah ajar ataupun tak pernah ajar tapi bagi aku , dan aku pasti bagi dorang jugak , perngorbanan cikgu-cikgu ni tak terbatas . Tak terkira . Banyak yang dorang dah bantu kitaorang , dah puas marah , tak cukup dengan nasihat , dorongan , semangat untuk tengok kitaorang dapat berjaya masuk u . Memang itu tujuan utama form 6 kan , untuk masuk u jadi insan berguna :) Terima kasih cikgu-cikgu , atas segala penat lelah , ilmu dari cikgu , nasihat , jadi pendorong bagi kitaorang . Insyaallah semua tu takkan kitaorang lupakan . Amin . 






Antara moment yang aku takkan lupa ialah bila kitaorang budak kelas sains sukan dan ekonomi pergi camping ke teluk sisek . Tu antara yang paling best bagi aku . Berkhemah , makan , buat aktiviti dalam hujan . Khemah terbang , khemah masuk air . Nak tidur pun rasa air kat bawah khemah . lepastu kena marah sama-sama dengan cikgu rozi . Hahahhahhaha tapi tu antara yang paling best . Lepastu ada pulak , lawatan ke terengganu . Ni tersangatlah best . I promise one day , aku akan pergi terengganu lagi sebab terengganu tersangatlah cantik and best . Banyak tempat best , dan aku pasti icity kat sana mesti dah siap kan ? Hmmmm naik bot masa river cruise sama-sama . Naik bas sama-sama . Tidur sama-sama kat rumah masa kat sana . Ya allah , aku dah mula rindukan semuanya . Pergi pasar payang , kraf batik sama-sama . Rindunyaaaaaaaa kat semua tu :/ antara benda best yang jadi kat sana :)

Lepastu aktiviti kat sekolah tu sendiri . Organise uruskan hari sukan , hari persaraan pengetua , hari koko , sukantara , hari guru , hari persaraaan cikgu nik , kolokium , pergi persada jb , jamuan kelas , jamuan hari raya , buat aktiviti jpam sama-sama . Kalau nak dikutkan gambar-gambar form 6 je dari aktiviti-aktiviti kitaorang ni sepanjang tahun ada lebih dari 10 album yang satu album ada 400 lebih gambar . Bayangkan ah berapa banyak semua sekali kalau dicampurkan . Dulu masa aliran arus perdana , form 1 sampai form 5 , kalau hari sukan ke hari koko ke takdenya nak kena organise buat urusetia apa semua . Ni dah form 6 kan , kitaorang yang uruskan untuk dorang . sangat fun . Dengan kitaorang yang gila bergambar , pantang hala kamera ada je aksi atau riak muka yang pelik-pelik yang akan terakam . Lagi-lagi si zaza . Hahhahahaha :) 





Lagi bila kita semua pergi library belajar sama-sama . Masing-masing dah tahu dah masing-masing terer kat subjek apa , so macam hidayah , sufi , najihah , yang terer ekonomi so kalau apa-apa yang kitaorang tak faham kitaorang refer kat dia . Zaza dalam pengajian am , ayu yang paling terer buat graph , me in muet . so everyone are together when it comes to belajar . Itu yang best sebenarnya . I still remember dalam kelas kitaorang ada 3 orang birthday bulan yang sama iaitu bulan 3 . Aku , wati and ilahi . Semua orang excited plan nak celebrate birthday kitaorang sama-sama . Ada beli kek , siap nyanyi lagu semua . lepastu pergi karaoke sama-sama . Haih i just loves everyone in my class . Hah lepastu waktu bulan puasa . kitaorang pergi buka kat luar ramai-ramai . Lepasni takde dah macam tu , sebab mesti dah susah nak jumpa masing-masing kan ? haaa . 

Bila dalam kelas , cikgu ada ke cikgu takda ke , benda paling penting ialah duduk ramai-ramai berkumpul lepastu gosip . Hahahhahahha ni sebab classmates i is mostly girls . So memang dah lumrah perempuan suka bergosip . We talked about everything , pasal future , impian , cerita kisah sedih , masalah , gosip pasal budak kelas sebelah , cikgu-cikgu , cerita pasal pakwe . Hahahhahaha memang tak pernah habis cerita :) 








Akhir kata , chewahhhhh . 
Insyaallah hubungan persahabatan kita ni takkan terpisah , kita akan sentiasa berhubung walau dah jauh mana pun , and insyaallah jugak aku doakan yang kita akan dapat kejar apa yang diimpikan sama-sama :) sayang semuanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa .........
*tears*






No comments:

Kisah seram ringkas