Oh hai , sudah lama tidak bertemu . Maafkan kebusy-an aku , yang sibuk dengan kerja-kerja sekolah yang banyak . Harap-harap alasan itu sudah cukup untuk menjawab kemana perginya aku . Well , rasanya memang busy . Ni baru bulan satu . Banyak yang nak diceritakan tapi aku bercadang nak cerita hanya yang penting sahaja . Haa .
Its a cold night , i must say .
Berbalik kepada matlamat utama . rasanya aku nak cerita pasal sekolah je sekarang ni . Tak lama je lagi dari sekarang , awal bulan tiga . Aku akan ada first test . Jadi i'm a little bit excited , y'know . Hee . Walaupun first test nampak senang tapi sebenarnya tak .
Kerja-kerja pembentangan semuanya hampir siap , dia punya tarikh akhir bulan 3 . Tapi dah nak hampir siap . Itu bagus jugak sebab aku akan ada masa untuk buat dan tumpukan dekat benda lain . Oh and sejak beberapa hari ni , cikgu asyik bertindak sebagai pakar kaunseling .Ye , aku tahu . Ini semua berkaitan budak tingkatan 5 yang bunuh diri tu .
Cikgu asyik menerangkan bagaimana nak menangani stress dan sebagainya . Tapi aku ada cara aku yang tersendiri . Kalau aku ada masalah , biasanya aku cuba untuk sibukkan diri aku . Buat kerja-kerja sekolah , buat nota , buat ulangkaji pelajaran . Semua-semua ni buat aku lupa yang aku ada masalah . Dan terbukti ianya berkesan .
Dalam kelas , semuanya baik-baik belaka . belajar dengan penuh rasa gembira . Tak ada stress . Sikit-sikit tu biasalah . Oh and aku dah dapat baucer kerajaan RM200 tu . Alhamdullilah . mungkin aku akan guna beberapa ringgit untuk adik-adik aku dan selebihnya untuk buku-buku aku . Insyaallah , nanti kalau ada masa lagi , kala ada cerita yang menarik lagi aku akan cerita . Cuti empat hari ni rasanya aku akan duduk rumah , belajar sendiri dekat rumah .
Dan sekarang aku dah pakai no baru bagi kawan-kawan yang masih taktahu . Dan saya dah ada facebook baru . Hmm ape lagi eh ? Sekarang saya dalam mood untuk tengok movie baru . so apa cerita baru yang best ? Hiks . Cukuplah rasanya . Selamat malam :)
No comments:
Post a Comment