19 February 2012

and now i've got reason to hate you

Oh i felt like writing something . I felt like there's something deep inside me that's been pushing myself down and under . I think things are naturally fine and 'okay' lately , but its deep and its painful , if you know what i mean . I know and i have to agree that sometimes things happen for a reason . I know .

I always think , why i can't feel mad at you . even once . I tried to find any reason that can made me to hate you  . But i failed . That's me . It's okay . The mythical " the one " for me does not exist anymore . i din't have time to believe such fact thing anymore . Thus made me an unbeliever . Believe me , i'm happy . I'm happy for you .Go on and live and happy life with your new patner . Thank you .

Cinta hati kau boleh pergi mati .

10 February 2012

Update : Voucher RM 100 dan sushiiik

Hi and assalamualaikum :)
Lama kan kita tak jumpa . Aah lamanya tak update . Aah lamanya lah hai . Hahahaha . Okay so post ini untuk cerita apa aku buat dengan voucher rm 100 pulak . Aku buat lain-lain post sebab malas nak sambung sekali , nanti jadi panjang post yang tadi tu kan . Korang nak baca panjang-panjang ? Tak kan ? Haaaa

So hari isnin yang baru lepas ni , aku diajak untuk join Fazli , Ekin , dan Sufi keluar . Mula-mulanya tempat yang dituju mestilah tempat makan , memandangkan ada orang tu lapar sangat kan masa tu . Hahahha . So dah decide semua dah okay pergi sushi king . Aku walaupun tak minat sushi tapi aku dah banyak kali lah jugak masuk situ , makan dekat situ . Tapi tak bagi dorang . Si ekin dengan Sufi tu . So kira first time lah dorang makan sushi .


haruslah ada jugak menyelit kan . 
kengkonon feeling tengah nak pilih sushi .


So inilah dua orang excited kemain makan sushi sambil gosip .
Kemain lagi ye , hehehe


dan ini orang yang tak pernah bosan makan sushi . 
Hahahha ni muka penat makan banyak .


Okay dah selesai makan tu , kitaorang pun pergi lah jalan-jalan pergi tempat lain kan . Nak karaoke , bilik semua penuh . Jadi sebelum pergi karaoke tu , kitaorang pergi main bumper car . Aku taktahu lahkenapa tah . Tapi asyik kena langgar je . Dengan KUAT pulak tu  . Ya Allah , bergegar otak aku . hhahaha . Lepastu sampai sakit kaki apa semua . Tapi kan , best sangattttttt :)

Pergi karaoke untuk 3 jam . Dah last-last tu semua dah penat . Hahahha tapi lepas tu , kitaorang pergi popular pulak , yang kali ni punya untuk aku habiskan voucher 100 tu . Kali ni banyak lah jugak yang aku ambik . Memandangkan Ekin ada , jadi bertambah senang lah kerja aku . Ada orang yang nasihat kan patut ambik apa apa semua . Ini apa yang aku sempat beli masa tu untuk habiskan RM100 tu .


lepas dah habis beli-beli ni , semuanya dah penat sangat-sangat . Tapi perut lapar . Jadi kitaorang pergi shihlin . Hahahaahah . duduk situ kejap sebelum balik . makan-makan apa semua . nikmatnya bila dapat duduk tu , maybe sebab dah penat kan seharian berjalan apa semua . nah tengok muka orang excited makan ayam shihlin .


Okay dah tu je . Kbai bai :)





Update : Voucher RM 50

Hai and assalamualaikum :)
Dah makan ? Dah mandi ? Sihat ? Haaaa kalau semuanya dah , bagus . Hahhaha sebenarnya nak cerita kali ni pasal voucher 200 tu . Ingat macam nak update pasal ni haritu tapi disebabkan masalah tertentu , dah lepas seminggu baru lah sempat nak update ni ha .

Hari apa tah haritu , aku , Fazli , keluar . Niat masa mula-mula sebab nak temankan si Fazli tu hah . Dia mengidam ayam shihlin katanya kan . Jadi teman lah dia pergi beli . Dah terlanjur tu , pergi lah popular jap tengok-tengok buku apa yang ada apa semua . Lepas tu , tengok-tengok terus rasa macam nak guna voucher tu pulak . So , mulalah misi menghabiskan RM50 voucher .

Memang dah pasang niat dah , kalau dapat voucher tu nanti , aku memang akan pastikan aku beli satu novel bahasa inggeris . Jadi novel yang aku pilih ialah " plain truth by Jodi Picoult " . Aku baru baca chapter satu dia . Yelah busy kan . Hahahhaha . and aku pening jugak nak habiskan lagi baki duit tu . Nak cari apa ni ? nak cari apa lagi ni ? hmmm . Masa tu dah pukul berapa tah kan .

Last-last , lepas dah pusing satu popular tu taktahu untuk keberapa kali , akhirnya aku pilih satu album untuk letak gambar tu . Sebab teringat banyak gambar yang dah cuci tapi takde tempat nak letak kan . So this is basically what i buy on that day .


Okay dah bye :)



3 February 2012

February .

Oh hai , sudah lama tidak bertemu . Maafkan kebusy-an aku , yang sibuk dengan kerja-kerja sekolah yang banyak . Harap-harap alasan itu sudah cukup untuk menjawab kemana perginya aku . Well , rasanya memang busy . Ni baru bulan satu . Banyak yang nak diceritakan tapi aku bercadang nak cerita hanya yang penting sahaja . Haa .

Its a cold night , i must say .

Berbalik kepada matlamat utama . rasanya aku nak cerita pasal sekolah je sekarang ni . Tak lama je lagi dari sekarang , awal bulan tiga . Aku akan ada first test . Jadi i'm a little bit excited , y'know . Hee . Walaupun first test nampak senang tapi sebenarnya tak .

Kerja-kerja pembentangan semuanya hampir siap , dia punya tarikh akhir bulan 3 . Tapi dah nak hampir siap . Itu bagus jugak sebab aku akan ada masa untuk buat dan tumpukan dekat benda lain . Oh and sejak beberapa hari ni , cikgu asyik bertindak sebagai pakar kaunseling .Ye , aku tahu . Ini semua berkaitan budak tingkatan 5 yang bunuh diri tu .

Cikgu asyik menerangkan bagaimana nak menangani stress dan sebagainya . Tapi aku ada cara aku yang tersendiri . Kalau aku ada masalah , biasanya aku cuba untuk sibukkan diri aku . Buat kerja-kerja sekolah , buat nota , buat ulangkaji pelajaran . Semua-semua ni buat aku lupa yang aku ada masalah . Dan terbukti ianya berkesan .

Dalam kelas , semuanya baik-baik belaka . belajar dengan penuh rasa gembira . Tak ada stress . Sikit-sikit tu biasalah . Oh and aku dah dapat baucer kerajaan RM200 tu . Alhamdullilah . mungkin aku akan guna beberapa ringgit untuk adik-adik aku dan selebihnya untuk buku-buku aku . Insyaallah , nanti kalau ada masa lagi , kala ada cerita yang menarik lagi aku akan cerita . Cuti empat hari ni rasanya aku akan duduk rumah , belajar sendiri dekat rumah .

Dan sekarang aku dah pakai no baru bagi kawan-kawan yang masih taktahu . Dan saya dah ada facebook baru . Hmm ape lagi eh ? Sekarang saya dalam mood untuk tengok movie baru . so apa cerita baru yang best ? Hiks . Cukuplah rasanya . Selamat malam :)

Kisah seram ringkas